Pemuda cedera parah, patah tangan lepas pintu kereta dibuka mengejut

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal apabila sebuah pintu kenderaan dibuka secara mengejut di laluan bulatan Kampung Pandan, di sini, pada Jumaat lalu.

Menurut kakak mangsa, Siti Nabilah, kejadian berlaku ketika adiknya, Izzat Aiman, sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum pintu belakang sebuah kereta terbuka secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Lebih memburukkan keadaan, mangsa turut dirempuh sebuah lagi motosikal yang gagal mengelak selepas melihat Izzat Aiman terjatuh di hadapannya.

“Adik saya terjatuh dan kemudian ditimpa pula motosikal lain yang tidak sempat membrek. Sekarang dia susah untuk bergerak kerana sakit di bahagian kepala dan belakang badan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami patah tangan selain mengadu sakit di beberapa bahagian badan, namun pihak doktor masih menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) bagi mengenal pasti kecederaan dalaman lain.

Siti Nabilah berkata, pemilik kenderaan yang pintunya dibuka secara mengejut itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun setakat ini masih belum bertanyakan khabar atau melawat mangsa di hospital.

“Tuan kereta memang sudah buat laporan polis, begitu juga pemilik sebuah lagi kenderaan yang terlibat iaitu Perodua Bezza. Tetapi setakat ini, tiada seorang pun yang datang melawat atau bertanya khabar adik saya,” katanya.

Terdahulu, rakaman kejadian itu tular di media sosial selepas penunggang motosikal lain yang terlibat merakam insiden berkenaan menerusi kamera topi keledar, sekali gus mencetuskan perbincangan orang ramai mengenai bahaya membuka pintu kenderaan tanpa memastikan keadaan selamat.

BACA JUGA:  PM USM: Usul kajian semula sistem MyCSD diluluskan
Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...