Jumaat, Jun 19, 2026
spot_img
HomeDUNIAJemaah solat arah kiblat berbeza undang perhatian warganet

Jemaah solat arah kiblat berbeza undang perhatian warganet

PALU – Sebuah masjid di Indonesia mencuri perhatian warganet apabila jemaah yang menunaikan solat didapati menghadap arah kiblat yang tidak sama antara satu sama lain.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di TikTok, situasi tersebut berlaku di Masjid Baitul Khairaat yang terletak di Kota Palu.

Video berkenaan memaparkan jemaah solat berdiri dalam saf, namun arah hadapan mereka kelihatan sedikit berbeza, sekali gus menimbulkan persoalan orang ramai mengenai ketepatan arah kiblat di masjid tersebut.

Dalam ruangan komen, terdapat pengguna TikTok Indonesia yang mendakwa kekeliruan itu berpunca daripada reka bentuk masjid yang berbentuk bulat sehingga menyebabkan jemaah sukar menentukan arah sebenar kiblat.

“Kerana bentuk masjidnya bulat, orang jadi lupa arah kiblat kerana saling ikut,” dakwa seorang pengguna dikenali sebagai Shushuu.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut turut disangkal oleh pengguna lain yang berpendapat mustahil berlaku kesilapan arah kiblat memandangkan imam jelas kelihatan berada di hadapan ketika mengimamkan solat.

“Imamnya kan ada, ikut arah imam saja,” tulis seorang pengguna lain.

Ada juga yang memberikan pandangan sinis terhadap situasi itu, termasuk komen daripada seorang individu dari Malaysia.

“Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing kot.”

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan masjid berhubung isu tersebut. Namun, perbincangan mengenainya terus hangat di media sosial dengan pelbagai pandangan dan spekulasi daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img