Nubhan hadiahkan katil hospital untuk keselesaan Mak Jenny

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, atau lebih dikenali sebagai Nubhan, menunjukkan sisi penyayang apabila mengambil inisiatif menghadiahkan sebuah katil hospital khas untuk ibunya, Badariah Omar atau mesra disapa Mak Jenny, demi keselesaan wanita berkenaan.

Menurut Nubhan, keadaan fizikal ibunya semakin lemah disebabkan faktor usia, dan bukan kerana sebarang penyakit serius.

“Mak bukan sakit teruk, cuma umur dah makin meningkat. Badan pun tak sekuat dulu, sekarang mak makin tak larat. Semua yang saya bina hari ini bermula dengan tangan wanita ini (ibu). Saya tak mampu balas segalanya, sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.

Difahamkan, Nubhan menggantikan katil lama ibunya yang agak tinggi dan menyukarkan pergerakan, bagi memastikan Mak Jenny lebih mudah bergerak dan beristirehat dengan selesa.

@nubhan86 Mak bkn sakit teruk. Cuma umur dah makin meningkat… badan pun tak sekuat dulu. Semua yang saya bina hari ni… bermula dari tgn wanita ini. Sekarang mak makin tak larat. Saya x mampu balas segalanya, sekurang kurangya saya pastikan mak selesa. #makjwnny #nubhan #fyp ♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) – MN Field Record

Tindakan Nubhan itu mendapat pujian ramai netizen yang kagum dengan sifat keprihatinan penyanyi itu yang meletakkan kebajikan ibunya sebagai keutamaan.

“Nubhan ini saya puji, bab kebajikan Mak Jenny nombor satu,” kata seorang pengguna.

“Anak yang baik, terharu tengok. Bertuah Mak Jenny, biarlah apa orang kata, teruskan berjasa kepada mak selagi ada,” tambah seorang lagi.

“Kenapa aku rasa sebak tengok Nubhan melayan mak dia. Mungkin sebab saya seorang mak, terasa pula bila anak-anak prihatin,” tulis seorang pengikut lain.

Mak Jenny mula mencuri perhatian netizen selepas Nubhan berkongsi video-video lucu bersama wanita itu, yang kemudian menjadi trending dan menerima pelbagai tajaan termasuk peluang melancong.

BACA JUGA:  Shiera imbau detik teman Amyza lahirkan Andre, akui sebak ziarah sehari sebelum pemergian
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...