Peniaga bazar pakai sarung tangan hitam, tapi ini bahaya sebenarnya…

KUALA LUMPUR – Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sarung tangan hitam ketika membeli juadah di bazar Ramadan.

Menurut PHM, sarung tangan yang digunakan untuk memegang makanan, duit, atau kain lap bukanlah tanda kebersihan, sebaliknya boleh memindahkan kuman antara satu benda dengan benda lain.

PHM menekankan bahawa bahaya penyediaan makanan selalunya tidak kelihatan kerana ia dianggap perkara kecil. Banyak kes cirit-birit bermula daripada tabiat harian seperti penggunaan kain lap kotor, tangan yang sama untuk pelbagai benda, ais tercemar, atau pemakaian barang kemas besar oleh peniaga.

“Kalau makanan dah lama terhidang pada suhu bilik, bakteria mudah membiak walaupun makanan nampak elok. Tong ais yang berdaki juga boleh menjadi pembawa kuman,” kata PHM di media sosial.

PHM menasihatkan orang ramai supaya memilih gerai yang memasak makanan depan mata, memastikan makanan ditutup, ais bersih, dan peniaga mengasingkan tangan untuk duit dan makanan serta mengganti kain lap selalu.

BACA JUGA:  Lelaki nyaris tercekik skru dalam pulut panggang bazar Ramadan
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com