KPDN Kelantan gagalkan cubaan seludup gula, minyak masak bersubsidi

RANTAU PANJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barang kawalan melibatkan minyak masak bersubsidi dan gula di Kampung Tasek, di sini, petang kelmarin. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswady Jaafar berkata, suspek yang memandu sebuah Proton Waja dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 1.02 petang sebelum cuba meloloskan diri.

Menurutnya, sepasukan anggota KPDN dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bertindak mengejar kenderaan tersebut bermula dari Lubok Gong hingga ke Banggol Kulim.

“Selepas kira-kira 10 kilometer dikejar, suspek bertindak memberhentikan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran Banggol Kulim.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan sebanyak 510 kilogram (kg) minyak masak peket dan 648 kg gula yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM8,000 dan semua barangan terbabit telah disita untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

BACA JUGA:  Bayar zakat fitrah ikut lokasi malam wajib, bukan dari jauh - UAI
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...