Penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ setengah bulan gaji

GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bantuan berkenaan akan dikreditkan selewat-lewatnya pada 16 Mac ini.

Menurut beliau, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam atas sumbangan dan komitmen yang diberikan kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan gagasan Visi Penang2030.

“Bantuan ini tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam atas sumbangan dan komitmen diberikan kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan gagasan Visi Penang2030,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chow berkata, sebagai tambahan, BKKA 2026 berjumlah RM300 turut diberikan kepada penyelia, guru serta petugas kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah dan menengah agama rakyat.

Katanya, penerima bantuan itu juga melibatkan penyelia, guru serta petugas sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang.

“Secara keseluruhan, pemberian BKKA ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM8.49 juta dengan melibatkan 7,317 penerima,” ujarnya. 

BACA JUGA:  Lelaki warga Taiwan maut jatuh landasan LRT
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Lagu ‘Lala Raya’ didakwa sentuh isu agama, Agy tampil mohon maaf terbuka

KUALA LUMPUR - Penyanyi baharu, Muhammad Affizy Mohd Khairy...

MRSM seluruh negara tunai solat jenazah ghaib hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 cawangan Maktab Rendah Sains...

Lelaki pandu SUV lawan arus ditahan

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai...

Tragedi subuh ragut keluarga, MARA tampil bela nasib dua beradik

RAUB - Dua beradik yang terselamat dalam tragedi kebakaran...

MCMC sekat akses aplikasi temu janji Grindr, Blued – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Suruhanjaya...