Ahad, 19 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Hiburan'Manalah YB tak sayang’, aksi Bella Astillah pandu caravan temui Syed Saddiq...

‘Manalah YB tak sayang’, aksi Bella Astillah pandu caravan temui Syed Saddiq curi perhatian

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dilihat memandu sebuah caravan dipercayai dalam perjalanan ke Melaka bagi bertemu tunangnya, Syed Saddiq.

Menerusi satu video yang tular di Threads, Bella bukan sahaja mengendalikan sendiri kenderaan bersaiz besar itu, malah difahamkan turut membawa ahli keluarga Syed Saddiq untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar berkenaan.

Perkongsian itu disertakan dengan kapsyen yang memuji pengorbanan Bella.

“Iron Lady otw ke Yang Tersayang. Dia siap bawa semua cinta hati YB. Manalah YB tak sayang. Lepas kerja terus drive nak ke Melaka, pasti nak bawa keluarga semua jumpa dan bagi semangat dekat YB. Memang hebat Bella Astillah,” tulis individu yang berkongsi video tersebut.

Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji keberanian serta sikap berdikari Bella mengendalikan caravan berkenaan.

Ramai menyifatkan Bella sebagai wanita cekal yang sanggup berkorban demi insan tersayang, selain memastikan keselesaan ahli keluarga sepanjang perjalanan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk memuji keupayaannya memandu kenderaan besar, malah ada yang mendakwa Bella mampu memandu lori kerana keberaniannya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat semakin kukuh kerana saling menghargai dan sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

Untuk rekod, Syed Saddiq memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Laman Maharani, Muar pada Khamis.

Program larian amal selama empat hari itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kutipan sumbangan berjaya mencecah RM361,848 hanya dalam tempoh dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal yang ditetapkan.

Syed Saddiq turut meluahkan rasa terkejut dan terharu dengan sokongan luar biasa rakyat yang bukan sahaja menyumbang dana, malah hadir memberikan semangat sepanjang larian amal tersebut.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-