Hotel ikonik Dubai terbakar diserang peluru berpandu Iran

DUBAI – Sebuah hotel bertaraf lima bintang di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan terbakar selepas terkena serangan peluru berpandu Iran, dengan beberapa individu dilaporkan cedera, menurut laporan akhbar The Sun.

Rakaman video yang dimuat naik di platform X memaparkan Burj Al Arab yang terletak di Dubai dijilat api sambil mengeluarkan kepulan asap tebal ke ruang udara, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pelancong di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, api berjaya dikawal tidak lama kemudian hasil tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat.

Dalam insiden berasingan, sebuah lagi hotel mewah di kawasan Palm Jumeirah turut terbakar selepas dipercayai terkena dron jenis Shahed, menyebabkan empat individu cedera.

Rakaman video kejadian menunjukkan dron kamikaze terhempas mengenai Fairmont The Palm sebelum asap tebal menyelubungi ruang udara bandar tersebut.

Jurucakap kerajaan Dubai memaklumkan empat mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Api kini terkawal,” katanya selepas pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa UAE turut mengesahkan bahawa sistem pertahanan negara itu berjaya memintas gelombang dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran, sekali gus mengelakkan kerosakan yang lebih besar. – AGENSI

BACA JUGA:  Bekas Pegawai Mara didakwa 25 pertuduhan pecah amanah libatkan lebih RM15,000
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...