Pemimpin tertinggi, semua pegawai kanan selamat – Menteri Luar Iran

TEHRAN – Menteri Luar Iran memaklumkan bahawa pemimpin tertinggi negara itu masih hidup bersama semua pegawai kanan susulan serangan yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) di beberapa lokasi di seluruh Iran pada Sabtu.

Menurut laporan media antarabangsa, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Ali Khamenei masih hidup setakat pengetahuannya dan berada dalam keadaan selamat.

“Kami percaya beliau berada dalam keadaan baik. Semua pegawai kanan juga selamat,” katanya dalam wawancara bersama NBC News yang disiarkan dari Tehran.

Mengulas lanjut, Araghchi memaklumkan beliau telah menghubungi beberapa negara Teluk bagi menjelaskan pendirian Iran susulan ketegangan yang tercetus. Tegasnya, Iran tidak berniat untuk menyerang negara-negara di rantau berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan ketenteraan yang dilaksanakan adalah menyasarkan pangkalan milik AS sebagai langkah mempertahankan diri.

Dalam pada itu, Araghchi memaklumkan ketika ini tiada komunikasi langsung antara Tehran dan Washington berikutan situasi tegang yang berlaku.

“Sekiranya pihak AS mahu berbincang, mereka tahu bagaimana untuk menghubungi kami. Iran sentiasa berminat untuk mengurangkan ketegangan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Iran tetap terbuka kepada sebarang usaha diplomatik bagi meredakan keadaan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Lima negara gugur bantuan makanan dari udara di Gaza
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...