Kerajaan perketat pematuhan rancangan realiti agama

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperketat pematuhan garis panduan rancangan realiti agama selain mengukuhkan mekanisme pemantauan kandungan, pembabitan penasihat atau panel syariah, serta kerjasama dengan pihak penyiaran.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata langkah ini bertujuan memastikan program realiti agama dijalankan secara berdisiplin, berhemah dan bertanggungjawab.

“Kerajaan sedia menambah baik garis panduan ini mengambil kira perkembangan semasa dalam landskap media dan teknologi digital supaya ia kekal relevan, jelas dan menjadi rujukan semua pemain industri penyiaran di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Jufitri Joha di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menegaskan, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang menghentikan sementara rancangan realiti agama yang disiarkan di mana-mana stesen televisyen.

Marhamah turut menekankan kepentingan kefahaman agama dan literasi media supaya masyarakat tidak mengangkat individu tertentu sebagai simbol mutlak agama, sebaliknya menilai ajaran berdasarkan sumber sahih dan autoriti diiktiraf.

Dalam konteks penyiaran Islam, TV Alhijrah mengekalkan tapisan kandungan yang ketat, menubuhkan panel syariah dan menempatkan pegawai kader JAKIM sebagai penasihat syariah. Penceramah yang diundang juga mesti memiliki tauliah mengajar daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Kerajaan komited memastikan penyiaran berunsur agama dilaksanakan secara bertanggungjawab, beretika, mematuhi prinsip syariah serta undang-undang, dengan penekanan kepada akauntabiliti dan pemantauan berkesan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Fahmi Fadzil serah Sara RM100 miliknya kepada golongan memerlukan
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...