Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR – Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd membabitkan Laluan Putrajaya yang tergendala susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Damansara Damai, awal pagi tadi, sedang giat dilaksanakan.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan bekalan kuasa sedang dijalankan bagi memastikan sistem kembali beroperasi secara selamat dan stabil.

Katanya, insiden berkenaan menyebabkan gangguan perkhidmatan dan memerlukan pembaikan menyeluruh sebelum operasi dapat dipulihkan sepenuhnya.

“Perkhidmatan dijangka dipulihkan secara berperingkat dalam tempoh tiga hari.

“Pengguna yang terjejas dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi pengendali perkhidmatan berkenaan,” katanya.

Rapid Rail turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penumpang dan memberi jaminan usaha pemulihan sedang dipercepatkan bagi meminimumkan gangguan.

Terdahulu MYBERITA melaporkan, perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai.

Sehubungan itu, penumpang juga disaran menggunakan laluan rel alternatif dan mematuhi arahan petugas di stesen bagi memastikan kelancaran serta keselamatan bersama.

Maklumat terkini mengenai status perkhidmatan akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran media sosial Rapid KL serta aplikasi MyRapid PULSE. -MYBERITA

BACA JUGA:  Leona rayu peminat hormat ‘privacy’, jangan kejar di jalan raya
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...