KPT arah universiti ambil tindakan tegas terhadap pelajar pijak al-Quran

BACHOK – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan pihak universiti mengambil tindakan mengikut peraturan ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap seorang pelajar yang ditahan selepas didapati memijak al-Quran.

Menterinya, Zambry Abdul Kadir berkata, kejadian yang tular itu kini menjadi kes polis dan beliau yakin pihak universiti akan mengambil langkah sewajarnya selaras dengan peruntukan sedia ada.

Menurutnya, kes seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana berpotensi menimbulkan konflik yang lebih mendalam dalam masyarakat.

“Oleh itu, langkah segera telah dilakukan oleh pihak universiti dan kita akan bertindak tegas terhadap kes berkenaan. Apabila ada tindakan menghina sesuatu agama, sudah tentu ia akan menimbulkan kemarahan yang melampau.

“Dalam konteks memijak al-Quran, ia kitab suci bagi orang Islam. Jika dilakukan kepada agama lain, pastinya ia tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Mahabbah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)@Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Masjid UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kes melibatkan agama, kaum dan institusi diraja (3R) tidak boleh dibiarkan berpanjangan dan memerlukan tindakan bersama secara berhikmah bagi memelihara keamanan serta kestabilan negara.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan seorang penuntut sebuah IPT yang tular kerana memijak al-Quran akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan, esok.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya memaklumkan pertuduhan terhadap pemuda itu dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mendapati terdapat keterangan mencukupi untuk pendakwaan.

Sebelum ini, media sosial kecoh apabila seorang pengguna Thread didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

BACA JUGA:  Pelajar Malaysia teruja ikuti dialog eksklusif bersama PM Anwar di Moscow

Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah itu kemudian tampil memohon maaf atas tindakan memuat naik gambar berkenaan. – MYBERITA

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...