Speaker belum terima surat, Hamzah masih Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Perikatan Nasional (PN) berhubung pelantikan Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan Hamzah Zainudin.

Johari berkata, selagi tiada pemakluman rasmi diterima, Ahli Parlimen Larut itu kekal memegang jawatan berkenaan.

“Itu (khabar angin bahawa Ahli Parlimen Kota Bharu dicadang sebagai Ketua Pembangkang) bukan urusan dewan. Itu urusan parti masing-masing yang saya tidak mahu campur.

“Selagi saya tidak dapat surat, maka YB Larut masih Ketua Pembangkang,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang bangun memohon penjelasan berhubung status jawatan tersebut.

Rayer mendakwa beliau menerima khabar angin bahawa Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, telah dicadangkan untuk menggantikan Hamzah.

“Saya dengar khabar angin bahawa Kota Bharu telah dicadangkan. Cuma saya nak tanya penjelasan sudah terima atau belum terima lagi (pemakluman),” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin BERSATU dilaporkan memecat keahlian Hamzah atas dakwaan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti, seperti dimaklumkan Pengerusinya, Datuk Mohd Radzi Manan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata PAS perlu segera menamakan calon mewakili parti itu bagi menggantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan isu berkaitan jawatan tersebut dapat diselesaikan segera, sekali gus mengelakkan ia menjejaskan imej PN. -MYBERITA

BACA JUGA:  KPM perketat SOP, tiada kompromi terhadap kes buli di sekolah
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...