‘Tip paling sedih’, pemandu e-hailing kongsi kisah penumpang hilang ayah

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing berkongsi pengalaman paling menyayat hati sepanjang bekerja apabila menghantar seorang penumpang yang bergegas ke Hospital Ampang selepas dimaklumkan keadaan ayahnya semakin tenat.

Menerusi perkongsian di Threads, pemandu tersebut memaklumkan dia menerima tip sebanyak RM20 daripada penumpang berkenaan, namun menyifatkan ia sebagai tip paling menyedihkan pernah diterimanya.

“Alhamdulillah dapat tip tadi hantar pelanggan ke Hospital Ampang, tapi ini adalah tip yang paling sedih,” katanya menerusi perko

Menurutnya, sepanjang perjalanan dia berusaha sedaya upaya menggunakan laluan paling cepat bagi memastikan penumpang tersebut sempat tiba ke hospital.

“Saya cuba sehabis baik ambil pelanggan dan guna segala jalan pintas dari De Palma ke Hospital Ampang.

“Sepanjang perjalanan mata dia berkaca-kaca mengharapkan aku sempat hantar dia ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun, situasi bertukar pilu apabila dia terdengar tangisan penumpang tersebut semakin kuat kira-kira tiga minit sebelum mereka tiba di hospital.

“Tiga minit sebelum sampai hospital, terdengar tangisan pelanggan makin kuat,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang rasa simpati orang ramai yang mendoakan agar keluarga penumpang berkenaan diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang. -MYBERITA

BACA JUGA:  Gerai churros musnah terbakar, peniaga nyaris jadi mangsa
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...