Ustaz Wadi Annuar tegur usahawan promosi baju raya langgar syariat

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar menegur segelintir usahawan pakaian yang didakwa melanggar syariat agama dalam usaha mempromosikan produk mereka.

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau menegaskan bahawa usahawan atau pekerja tidak wajar memakai pakaian berlainan jantina walaupun bertujuan untuk melariskan jualan.

Katanya, kreativiti dalam pemasaran tidak seharusnya melampaui batas sehingga melanggar tuntutan agama.

“Apa guna untung banyak jika hilang berkat? Marketing boleh kreatif, tetapi jangan sampai melanggar syariat.

“Lelaki pakai pakaian wanita, wanita pakai pakaian lelaki, demi kejar jualan baju raya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa perbuatan menyerupai jantina yang berlainan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.

“Ingat, Nabi SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina yang berlainan.

“Jangan normalisasikan perkara yang mengundang murka Allah demi keuntungan,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju bahawa usaha pemasaran perlu dilakukan secara kreatif tanpa melanggar batas syariat. -MYBERITA

BACA JUGA:  Jejak kerjaya UKM bantu mahasiswa fahami keperluan majikan masa kini
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...