‘Pink Dolphin’ jarang ditemui muncul di Port Klang

KUALA LUMPUR – Kemunculan sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Pelabuhan Klang baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila salah seekor daripadanya dipercayai daripada spesies Indo-Pacific Humpback Dolphin atau lebih dikenali sebagai ikan lumba-lumba putih berwarna merah jambu yang jarang ditemui.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Royal Selangor Yacht Club di laman Instagram, kelihatan beberapa ekor ikan lumba-lumba berenang berhampiran kawasan pesisir perairan tersebut.

Lebih menarik, seekor daripadanya jelas menampakkan warna merah jambu yang menjadi ciri unik spesies lumba-lumba putih yang sering dikenali sebagai “pink dolphin”.

Spesies ini lazimnya ditemui di kawasan perairan pantai di rantau ini, namun penampakannya berhampiran kawasan pelabuhan yang sibuk seperti Pelabuhan Klang jarang berlaku.

Dalam hantaran sama, pihak kelab turut mengingatkan bahawa perairan di sekitar kawasan tersebut bukan sahaja digunakan untuk aktiviti pelayaran, malah turut menjadi habitat kepada pelbagai hidupan marin.

“Sebagai ahli Royal Selangor Yacht Club, kita berkongsi perairan ini dengan hidupan marin yang menakjubkan,” menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video tersebut.

Tambahnya lagi, ahli-ahlinya kerap terlibat dalam aktiviti pembersihan sungai dan pesisir pantai di sekitar Pelabuhan Klang bagi menjaga kepentingan ekosistem laut.

Menurut mereka, usaha itu termasuk membersihkan sampah serta sisa di laluan air dan kawasan paya bakau bagi membantu melindungi hidupan marin.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Ibu bapa saya selalu beritahu ada dolphin di Port Klang pada era 50-an. Nampaknya mereka sudah kembali,” kata seorang pengguna dikenali sebagai @Navinathiagarajah.

Seorang lagi pengguna, @Jajaemran, turut teruja dengan penampakan itu.

BACA JUGA:  Wanita Malaysia jadi hero, dedah trik timbangan penjual Vietnam

“Wow ada dolphin pink juga. Ini pemandangan yang sangat menarik!” tulisnya.

“Port Klang sudah bersih, mungkin sebab itu dolphin ini datang singgah,” komen @Malikahbyeyna.

Sementara itu, seorang pengguna lain berpendapat kemunculan haiwan tersebut mungkin berkait dengan keadaan perairan yang semakin baik. – MYBERITA

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...