Syed Saddiq balas tuduhan ‘sibuk berendut’, tegas tetap jalankan tugas MP

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq membalas dakwaan seorang warganet yang menuduhnya terlalu sibuk dengan urusan peribadi sehingga didakwa mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat bagi kawasan Muar.

Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membalas komen tersebut dengan menegaskan beliau masih menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen seperti biasa.

“Siapa berendut? Dapat la juga RM6 juta untuk Muar sambil rekodkan kehadiran 100% parlimen” katanya. 

Malah, beliau turut berkongsi laporan media yang menyatakan usaha sampingan dilakukannya sebelum ini berjaya mengumpul dana bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar.

Menurutnya, dana tersebut diperoleh menerusi kerjasama bersama jenama fesyen tempatan sebagai duta jenama, sekali gus membolehkan bantuan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.

Terdahulu, Syed Saddiq berkongsi perkembangan mengenai kes mahkamah yang difailkannya apabila Mahkamah Persekutuan Malaysia menerima rayuannya serta penduduk Muar berhubung saman terhadap kerajaan berkaitan isu peruntukan Parlimen. -MYBERITA

BACA JUGA:  PM Anwar ziarah keluarga Bung Moktar, sampaikan ucapan takziah
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...