Laungan solidariti Palestin bergema di Himpunan Hari Al-Quds Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak mula dipenuhi orang ramai yang hadir bagi menyertai Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat.

Tinjauan di lokasi mendapati peserta mula berkumpul seawal tengah hari dengan membawa bendera Palestin, kain rentang serta sepanduk sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, keluarga serta individu yang ingin menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa di Al-Quds.

Sebahagian peserta turut dilihat mengenakan pakaian berwarna hitam sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan kata-kata sokongan kepada rakyat Gaza.

Perhimpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu dijangka disertai ribuan peserta sebelum perarakan aman diteruskan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum berkaitan isu Palestin.

Pihak penganjur sebelum ini memaklumkan perhimpunan berkenaan dianjurkan bersama oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan, organisasi masyarakat sivil serta parti politik sebagai tanda pendirian kemanusiaan menentang kezaliman dan penjajahan di Asia Barat.

Untuk rekod, Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia lazimnya diadakan pada setiap Jumaat terakhir bulan Ramadan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan tekanan dan penindasan.

Suasana di lokasi dilaporkan masih terkawal dengan kehadiran anggota keselamatan bagi memastikan perhimpunan berlangsung secara aman dan teratur. – MYBERITA

BACA JUGA:  Anak Nelayan dari Kota Bharu naik bas seorang diri, jejak impian ke PSA
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

PEKAN - Inisiatif menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang...

Bila lagu Jodoh Lebaran ‘Dikelantankan’… reaksi Aisha Retno curi perhatian

KUALA LUMPUR - Sebuah video nyanyian lagu raya popular...

Baru enam tahun dah hafal… Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

KUALA LUMPUR - Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali,...

Corak sejadah naelofar hangat diperdebat, dakwa ada imej tersembunyi

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial apabila seorang...

‘Masing Masing’ cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri terus mencipta kejayaan...