Anak Nelayan dari Kota Bharu naik bas seorang diri, jejak impian ke PSA

SHAH ALAM – Demi mengejar cita-cita dalam bidang kejuruteraan, seorang anak nelayan dari Pantai Timur, Muhammad Shafiq Azraie Mohd Azmi, 18, sanggup menaiki bas seorang diri dari Kota Bharu, Kelantan ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Shah Alam.

Anak kelima daripada enam beradik itu memulakan perjalanan ke institusi pengajian tinggi tersebut secara bersendirian kerana keluarganya terpaksa menaiki kenderaan lain akibat jumlah barangan yang banyak dan ruang kereta yang tidak mencukupi.

Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) itu berkata, walaupun berat hati untuk berpisah dengan keluarga terutama ibu yang merupakan suri rumah dan ayahnya yang bekerja sebagai nelayan, semangat untuk menyambung pelajaran mengatasi segalanya.

“Politeknik ini pilihan ketiga saya dalam permohonan UPU. Pilihan pertama saya adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam jurusan Kejuruteraan Marin kerana abang saya juga menuntut di sana,” katanya kepada MYBERITA ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Shafiq, minat terhadap PSA tercetus selepas mengetahui bahawa institusi itu menawarkan program kerjasama bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Program Latihan Teknikal Bersepadu (PLUS), selain aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.

“Saya pernah mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki peringkat antarabangsa ketika Tingkatan Empat. Saya harap dapat terus aktif dalam bidang kokurikulum, termasuk sukan bola tampar yang saya minati,” jelasnya.

Shafiq berkata, beliau melihat pendidikan berasaskan TVET di politeknik bukan sahaja membina kemahiran teknikal, malah turut membantu membentuk sahsiah diri serta membuka ruang dalam pelbagai bidang.

Di sebalik keterujaannya menempuh fasa baharu sebagai mahasiswa, Shafiq mengakui sudah mula merindui masakan ibunya, terutamanya nasi kerabu tanpa budu yang menjadi kegemarannya.

BACA JUGA:  PSA terima 1,010 pelajar baharu, catat peningkatan pendaftaran 104 peratus

“Sebelum bertolak ke Shah Alam, umi berpesan supaya jaga solat, belajar sungguh-sungguh dan jangan salah pilih kawan. Itu semua saya pegang kuat sebab di sini saya perlu belajar berdikari,” katanya.

Tambahnya lagi, bantuan dermasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diterima pada awal kemasukan turut meringankan beban kewangan keluarganya.

Perjalanan berani Shafiq menaiki bas seorang diri dari Timur ke Barat demi ilmu menjadi inspirasi buat ramai anak muda luar bandar dalam usaha menjejak impian di menara gading.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...