KUALA LUMPUR â Hanya kerana mengidam ayam gepuk, seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila dicekik serta diacu pisau oleh suaminya dalam kejadian di sebuah flat di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang merupakan suri rumah berusia 33 tahun berada di rumah mereka di Flat Sri Sabah sebelum meminta suaminya membeli ayam gepuk kerana mengidam.
Bagaimanapun, permintaan tersebut dipercayai mencetuskan pertengkaran apabila lelaki berkenaan bertindak memarahi mangsa selain memaki hamun.
Menurut beliau, suspek turut mempersoalkan permintaan mangsa dan menyuruh wanita itu memasak sendiri.
âSuami pengadu memarahi dengan menyebut membela tiga ekor anjing dalam rumah ini dan meminta pengadu untuk masak sendiri.
âSemasa kejadian suami pengadu telah mencekik leher, capai objek iaitu pisau sayur dan diletakkan di leher pengadu, selain menampar bahagian muka serta menumbuk kepala pengadu,â katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.
Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.
Polis memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kejadian tersebut. – MYBERITA

