Ketupat cepat basi? PHM kongsi tip elak rosak semasa raya

KUALA LUMPUR – Ketupat yang cepat basi semasa musim perayaan bukan sahaja disebabkan cuaca panas, malah faktor penyediaan, pengendalian dan penyimpanan selepas dimasak memainkan peranan penting.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), terdapat enam kesilapan biasa yang sering dilakukan ketika memasak ketupat, menyebabkan makanan tradisi ini mudah rosak sebelum sempat dinikmati sehingga hari raya kedua.

Antara kesilapan tersebut termasuk penggunaan beras atau daun ketupat yang kurang elok, seperti beras hapak, daun kotor atau anyaman yang longgar, sekali gus menjejaskan kualiti ketupat sejak awal.

Ketupat yang diisi terlalu padat juga boleh menyebabkan beras gagal masak sekata, menjadikan bahagian dalam keras dan lembap.

PHM menekankan bahawa proses merebus perlu dilakukan dengan sempurna dan air rebusan mesti meliputi ketupat sepenuhnya supaya bahagian dalam masak sepenuhnya, bukan sekadar kelihatan masak di luar.

Selepas dimasak, ketupat tidak wajar dibiarkan lembap kerana lebihan air mempercepatkan kerosakan, sebaliknya ia perlu ditoskan dan digantung seketika di tempat bersih dan berangin.

Selain itu, meninggalkan ketupat terlalu lama pada suhu bilik turut menyebabkan ia cepat rosak kerana ketupat yang sudah masak hanya boleh bertahan maksimum empat jam pada suhu bilik dan dua jam jika cuaca panas.

Bagi ketupat yang disimpan dalam peti ais, ia disarankan dimakan dalam tiga hingga empat hari, manakala pembekuan sesuai untuk simpanan lebih lama.

Ketika ingin dinikmati semula, lebihan ketupat perlu dikukus atau dipanaskan sehingga betul-betul panas, dan tidak dipanaskan berulang kali.

Cara penyimpanan yang salah juga antara penyumbang utama ketupat cepat basi.

PHM menegaskan bahawa selain memastikan ketupat sedap dimakan, penjagaan dan kaedah penyimpanan yang betul dapat mengelakkan pembaziran serta risiko keracunan makanan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Malam ni pakai baju warna apa ya?
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...