CCTV papar aksi suami isteri curi ‘parcel’ penduduk

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Teluk Panglima Garang dan Jalan Kebun di sini diminta agar lebih berwaspada susulan dakwaan kemunculan sepasang lelaki dan wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri bungkusan di kawasan perumahan.

Menerusi satu hantaran tular di media sosial oleh pengguna dikenali sebagai Awinrzk, beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan bagi menunjukkan kejadian yang didakwa berlaku di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, pasangan berkenaan dilihat menaiki sebuah skuter berwarna kuning sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah. Salah seorang daripada mereka yang memakai pakaian berwarna merah kemudian turun dan memasuki kawasan pekarangan rumah.

Sementara itu, seorang lagi individu menunggu di atas skuter sebelum suspek yang turun tadi dilihat melarikan satu bungkusan yang berada di kawasan rumah berkenaan, lalu beredar dari lokasi kejadian.

Menurut Awinrzk, kejadian itu dipercayai menjadi punca kehilangan bungkusan yang sering berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan perumahan tersebut.

“Kawasan rumah saya sudah ada pencuri, skuter kuning, laki bini buat kerja haram. Sekitar kawasan Teluk Panglima Garang/Jalan Kebun. Patutlah sejak kebelakangan ini bungkusan kami selalu hilang. Sesiapa yang cam boleh maklumkan. Harap hantaran ini tular,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata menasihatkan orang ramai agar meningkatkan tahap keselamatan di kediaman masing-masing.

Antara langkah yang disarankan termasuk memastikan pagar dan pintu rumah sentiasa berkunci serta memasang sistem keselamatan tambahan seperti kamera CCTV bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Seorang pengguna turut mengingatkan bahawa kegiatan mencuri bungkusan bukan perkara baharu dan sering berlaku di kawasan perumahan jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Selain itu, ada juga yang berpendapat suspek mungkin telah lama memerhatikan rutin penduduk sebelum menjalankan kegiatan tersebut, khususnya pada waktu siang ketika ramai keluar bekerja.

BACA JUGA:  Tiga lelaki pura-pura periksa tong gas cetus kebimbangan penduduk

Penduduk dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan kawasan kejiranan terus terpelihara. – MYBERITA

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...