Alieff Irfan, isteri dipuji melutut ketika bermaafan dengan pembantu rumah

KUALA LUMPUR – Sikap rendah diri pempengaruh terkenal, Alieff Irfan bersama isterinya, Nurul Nabilah Aliah Hazman meraih pujian ramai selepas video mereka bermaafan dengan pembantu rumah tular di media sosial.

Momen tersebut menjadi perhatian selepas dikongsikan di Threads, memaparkan pasangan itu melutut ketika bermaafan dengan pembantu rumah serta pengasuh anak mereka sempena Aidilfitri.

Tindakan tersebut mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang menyifatkan sikap mereka sebagai luar biasa dan penuh hormat, walaupun berstatus majikan.

“Melutut ketika bermaafan dengan pembantu rumah memang luar biasa. Tak pernah mendongak dengan ‘maid’. Semoga rezeki semakin luas,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalaman bertemu Bella, menyifatkan keperibadiannya sebagai mesra dan tidak sombong walaupun dalam keadaan penat.

Terdahulu, Bella sendiri pernah memuat naik video memaparkan mereka bermaafan setiap tahun dengan pembantu rumah dan pengasuh anak, yang dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga.

“Walaupun kami majikan, setiap tahun memang macam ini. Bella dah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Yang tua mestilah dihormati. Bella tak nak layan mereka macam orang asing atau hamba,” katanya.

Perkongsian itu bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah menjadi contoh kepada masyarakat tentang kepentingan menghormati dan menghargai insan lain tanpa mengira status. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tular video lelaki pukul anjing, netizen gesa tindakan tegas
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...