Ahad | 11/10/2026 | 8:14:11 am
HomeTerkiniTak cukup duit, terlalu banyak kereta, 5 pemandu kenderaan mewah dicekup JPJ

Tak cukup duit, terlalu banyak kereta, 5 pemandu kenderaan mewah dicekup JPJ

SHAH ALAM – Alasan tidak mengetahui cukai jalan tamat tempoh, memiliki terlalu banyak kenderaan serta kekangan kewangan antara yang diberikan lima pemandu selepas ditahan dalam Ops Luxury di Persiaran Setia Perdana, semalam.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor itu menyaksikan kesemua pemandu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun ditahan dalam tempoh dari pukul 10.56 pagi hingga 1.27 tengah hari.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan mendapati mereka memandu kenderaan mewah seperti BMW, Mini Countryman, Denza, Tesla dan Toyota Alphard ketika dalam perjalanan ke Setia Alam dan Seksyen 7.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|