Mana ‘parents’ dia…? Budak lelaki lari tanpa selipar undang cemas orang ramai

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai melarikan diri dari rumah mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas kelibatnya dilihat berlari tanpa memakai selipar di kawasan Kota Warisan, Sepang.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang memaklumkan kanak-kanak itu dilihat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga menarik perhatian orang awam di lokasi kejadian.

Menurut perkongsian itu, beberapa individu cuba mengejar kanak-kanak berkenaan bagi memastikan keselamatannya sebelum seorang pemandu perkhidmatan e-hailing tampil membantu mengawal keadaan.

“Tolong warga Kota Warisan, ada yang kenal budak ini? Dia lari tanpa selipar. Nasib baik abang e-hailing di depan bertindak pantas,” menurut hantaran tersebut.

Situasi itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan lelaki berkenaan yang dilihat tenang dan bijak mengendalikan keadaan.

“Abang ini mesti ada pengalaman, mungkin juga ada anak autisme. Cara dia handle memang baik,” komen seorang pengguna.

Bagaimanapun, identiti sebenar kanak-kanak tersebut serta punca kejadian masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat disatukan semula dengan keluarganya dengan selamat. – MYBERITA

BACA JUGA:  “Mohon doakan adik saya,” saraf kaki kanak-kanak rosak lepas kena langgar dengan...
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...