Isnin | 12/10/2026 | 4:02:21 pm
HomeTerkiniTragedi UPSI: “Saya nampak ada yang meronta-ronta, tapi tak mampu tolong” -...

Tragedi UPSI: “Saya nampak ada yang meronta-ronta, tapi tak mampu tolong” – mangsa

GERIK – “Saya nampak ada yang meronta-ronta, tapi saya tak mampu untuk tolong mereka.”

Demikian kata pilu Aleeya Maisarah Azizzani, 21, salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas menyayat hati membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.

Dalam kejadian tragis kira-kira jam 12 tengah malam hingga 1 pagi itu, seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut, manakala 27 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza sebelum terbalik ke bahu jalan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|