Aidilfitri akhirnya penuh makna buat Kamal Adli bersama Hawra Uqaira

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Kamal Adli meluahkan rasa gembira apabila berpeluang meluangkan masa menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Kamal memuat naik beberapa foto yang memaparkan momen indah bersama anaknya itu sambil menitipkan ucapan Hari Raya kepada para pengikutnya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri rakyat (warga Threads) dari ayah dan Hawra Uqaira. Maaf zahir dan batin.

“Alhamdulillah yeay. Thank you so much ibu siapkan baju kurung lawo. Saya happy, rakyat happy tak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kamal turut menzahirkan penghargaan kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, kerana menyediakan sepasang baju kurung yang cantik buat anak mereka.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira melihat Kamal dapat meluangkan masa bersama Hawra, apatah lagi selepas sebelum ini pelakon itu menyatakan rasa rindu kerana tidak dapat menyambut raya pertama bersama anaknya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Namun, jodoh pasangan itu tidak panjang apabila mereka sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman. – MYBERITA

BACA JUGA:  Langgar jam dinding, tempayan pula ‘jadi mangsa’, gelagat terkejut dengar pengumuman raya bertukar...
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...