Selasa, 28 Julai 2026
spot_img
Gaya Hidup”Nak bawa ke mana tu?”, tular pemandu bawa kereta dengan nozel masih...

”Nak bawa ke mana tu?”, tular pemandu bawa kereta dengan nozel masih tersangkut

REMBAU – Tindakan seorang pemandu kereta membawa kenderaan sementara nozel pam petrol masih terpasang di tangki keretanya di sebuah stesen minyak di Tampin menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 27 saat yang dikongsikan, kereta Proton Iswara itu dilihat bergerak tanpa menyedari nozel pam masih tersangkut pada corong tangki.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang pada Selasa lalu.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, yang menyifatkan insiden itu jarang berlaku dan ada yang berseloroh kononnya pemandu tersebut “mendapat hadiah percuma” kerana isi minyak. – MYBERITA

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-