“Terima kasih ‘tagged’ saya”, Asyraf Wajdi arah siasatan isu konvokesyen MARA

KUALA LUMPUR – Isu kekurangan tempat duduk bagi sesi konvokesyen sebuah institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencetuskan perhatian selepas luahan seorang pelajar tular di media sosial.

Pelajar berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila dimaklumkan tempat duduk bagi konvokesyen telah penuh, malah diminta untuk mengesahkan ketidakhadiran melalui pautan yang disediakan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam situasi berkenaan, selain menandakan (tag) Pengerusi MARA bagi mendapatkan perhatian.

Susulan itu, Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberikan maklum balas pantas di ruangan komen.

“Terima kasih ‘tagged’ saya. Saya dah minta pegawai saya semak dengan bahagian berkaitan. Insya-Allah, sepatutnya selesai.

“Tidak wajar peristiwa besar maknanya kepada pelajar ada had dan kuota. Ini kali pertama saya dengar isu sebegini,” katanya.

Tindakan segera tersebut menerima pujian daripada orang ramai yang berpuas hati dengan respons pantas pihak MARA dalam menangani aduan pelajar.

Isu ini turut mencetuskan perbincangan mengenai pengurusan majlis konvokesyen, yang dianggap sebagai detik penting bagi setiap pelajar selepas menamatkan pengajian. – MYBERITA

BACA JUGA:  UMNO tegas perjuang nasib Najib secara tertib, berperlembagaan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...