“Saya tak halalkan!”, pemilik Hijabistahub dedah identiti pelanggan pulang sampah demi ‘refund’

KUALA LUMPUR – Usahawan, Wanie Elena, pemilik jenama Hijabistahub, meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mendakwa terdapat segelintir pelanggan yang menyalahgunakan sistem pemulangan barangan (return) dengan memulangkan sampah semata-mata untuk mendapatkan bayaran balik.

Menurut Wanie, tindakan tersebut bukan sahaja merugikan perniagaan, malah membebankan pasukan gudang yang terpaksa membersihkan dan menyusun semula barangan yang tidak berkaitan.

“Saya tak halalkan siapa yang beli baju Hijabistahub tapi return sampah macam ni, happy sangat ke beraya pakai baju haram?

“Korang dah la curi baju, pulangkan sampah macam ni dan dapat balik duit korang.

“You abuse the return system, yang buat kerja ni Melayu Islam tapi saya tak faham kenapa tergamak nak buat kerja haram macam ni,” tegasnya.

Tambahnya, pasukannya berdepan cabaran harian menapis barangan yang jelas bukan milik mereka.

“Berhari-hari team warehouse saya kena clean up this mess. Sorting items that are clearly not even ours. It’s exhausting, unnecessary, and disrespectful,” ujarnya.

Wanie juga telah mendedahkan seorang pelanggan yang telah 8 kali membuat pesanan dan memulangkan sampah, dengan jumlah barangan termasuk set baju kurung dan baju Melayu bernilai beribu ringgit.

“Amboi dia sakan eh beraya pakai baju haram,” katanya sambil menegaskan bahawa walaupun pelanggan tersebut menggunakan akaun berbeza, pihaknya tidak mudah diperdaya.

Sebagai tindakan pengajaran, Wanie turut mendedahkan nama, nombor telefon, alamat dan wajah individu tersebut bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak menyalahgunakan sistem pemulangan di masa hadapan. – MYBERITA

BACA JUGA:  23 rakyat Malaysia selamat berlepas pulang - Mohamad
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali sertai UMNO

MERSING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah...

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...