Lepas setahun kerja, wanita hadiahkan ibu gelang emas

KUALA LUMPUR – Setiap anak pastinya menyimpan impian untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan mereka sejak kecil.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna di Threads mencuri perhatian ramai selepas menghadiahkan ibunya seutas gelang emas sebagai tanda penghargaan.

Menerusi video yang dimuat naik, Nadia dilihat terlebih dahulu mengusik ibunya sebelum memberikan kejutan tersebut dengan menyarungkan gelang emas ke tangan wanita berkenaan.

Menurut Nadia, hadiah tersebut merupakan hasil doa ibunya selepas dia memperoleh bonus daripada pekerjaan pertamanya.

“Mama, kita ada beli sesuatu nak tengok ke? Kita kan minta mama doakan dapat bonus. Inilah hasil doa mama,” katanya.

Pada awalnya, ibunya menyangka gelang emas itu adalah untuk anaknya sendiri dan sempat memuji pilihan yang dibuat.

Namun, sebaik mengetahui ia adalah hadiah khas untuk dirinya, wanita tersebut kelihatan terkejut dan meminta gelang itu dibuka semula seolah-olah tidak percaya dengan kejutan yang diterima.

Nadia turut menjelaskan bahawa hadiah tersebut merupakan simbol penghargaan selepas setahun bekerja sebagai graduan baharu.

“Hadiah untuk mama setelah setahun bekerja sebagai fresh grad. Saya berdiri hari ini atas doa seseorang bernama ibu.

“Sihat selalu ya mama, saya masih perlukan doa mama,” katanya

View on Threads

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama menghadiahkan barangan kemas kepada ibu sebagai tanda kasih sayang.

Seorang pengguna juga mengimbau detik menyentuh hati apabila menghadiahkan rantai kepada ibunya secara mengejut di kedai emas sehingga kedua-duanya mengalirkan air mata.

“Teringat saya ajak mak saya teman beli rantai. Saya minta tolong dia pilihkan yang mana cantik. Dia pilih dan saya suruh tuan kedai tu sarungkan kat mak, nak tengok rantai tu labuh mana.

“Pastu labuh semua dah sesuai, terus suruh kuncikan rantai tu. Pastu saya cakap ni untuk mak lah. Mak terkejut sangat. Mak nangis, saya nangis dan tuan kedai pun nangis,” katanya. 

Momen sederhana itu jelas menyentuh hati ramai dan menjadi peringatan tentang pengorbanan ibu bapa yang tidak ternilai. –MYBERITA

BACA JUGA:  "Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak", Pablo jawab dakwaan anak jadi mangsa gangguan seksual
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...