Insiden tembakan gegar majlis sebelum Trump berucap

WASHINGTON — Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadiri sebuah majlis rasmi di hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Menurut laporan agensi berita Agence France-Presse, beberapa bunyi letupan kuat kedengaran secara tiba-tiba, menyebabkan tetamu yang hadir panik dan segera berlindung di bawah meja.

Pasukan taktikal bersenjata kemudiannya dikerahkan ke pentas utama yang menempatkan Trump sebelum beliau segera dipindahkan keluar dari lokasi kejadian sebagai langkah keselamatan.

Difahamkan, insiden itu berlaku ketika Majlis Makan Malam Koresponden White House sedang berlangsung, dan sebelum Trump dijadualkan menyampaikan ucapan.

Pihak berkuasa turut mengepung kawasan Washington Hilton Hotel, dengan helikopter keselamatan dilihat berlegar di ruang udara bagi memantau situasi.

Dalam satu kenyataan, Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat memaklumkan bahawa seorang suspek telah berjaya ditahan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Setakat ini, motif insiden berkenaan masih belum didedahkan.

BACA JUGA:  BMS 2025 catat terimaan deposit RM251.44 juta, lebih sasaran PTPTN
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...