SEREMBAN – Spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya krisis pentadbiran di Negeri Sembilan semakin hangat, termasuk andaian bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) mungkin akan dibubarkan, susulan pengumuman khas yang dijadualkan malam ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menurut satu jemputan panggilan segera kepada semua media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, pengumuman khas itu akan dibuat di kediaman rasmi Menteri Besar pada jam 11 malam, 4 Jun 2026.
“Panggilan segera semua media untuk satu pengumuman khas oleh Menteri Besar Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pada jam 11 malam 4 Jun 2026,” menurut jemputan berkenaan.
Berita selanjutnya menyusul.
