Tular aksi Ryzal memandu sambil merakam dikritik, Dr Malar ulas dari sudut kesihatan awam

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tindakan pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim, 34, yang merakam detik cemas ketika anaknya tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan netizen sehingga sebahagian menganggap ia tidak wajar dan seolah-olah mencari perhatian.

Video berkenaan tular di media sosial selepas Ryzal dan isterinya, Maryam You Narae, 33, bergegas membawa anak mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan sambil situasi itu turut dirakam, sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

@drmalarss Memang betul, video yang dirakam boleh menjadi rujukan penting untuk doktor membantu diagnosis dan rawatan. Tapi dalam apa jua kecemasan, keselamatan di jalan raya tetap perlu diutamakan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.💕 #celotehdrmalar #anakjatuh #parentingtip ♬ original sound – CelotehDrMalar

Bagaimanapun, pengamal perubatan dan pempengaruh kesihatan Malaysia terkenal, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, atau lebih dikenali sebagai Dr Malar, menerusi akaun media sosialnya, tampil memberikan penjelasan bahawa rakaman video ketika situasi kecemasan sebenarnya boleh membantu proses rawatan dan diagnosis pesakit.

Menurut beliau, video tersebut dapat memberi gambaran lebih jelas kepada doktor tentang keadaan sebenar pesakit ketika insiden berlaku, termasuk tahap kesedaran, tempoh tidak respons serta simptom yang mungkin tidak dapat dihuraikan dengan tepat oleh ahli keluarga.

“Kadang-kadang hanya dengan penerangan, doktor sukar untuk menilai keadaan sebenar. Tapi melalui video, kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku dan bantu buat diagnosis dengan lebih tepat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam kes seperti kecederaan kepala, rakaman boleh membantu doktor menilai risiko seperti pendarahan dalam otak atau gegaran otak, selain mengenal pasti sama ada pesakit mengalami sawan.

BACA JUGA:  Polis sahkah wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia

“Ada sawan yang tidak melibatkan pergerakan agresif, pesakit hanya kaku dan tidak respons. Mata terbuka tetapi sebenarnya sedang sawan. Ini boleh dikenal pasti melalui video,” jelasnya.

Tambahnya, beliau berpendapat perkongsian video tersebut juga boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengenali tanda-tanda kecemasan dan mendapatkan rawatan segera.

Namun begitu, beliau menegaskan aspek keselamatan perlu diutamakan, terutama jika individu sedang memandu atau berada dalam keadaan panik ketika merakam kejadian.

“Kalau nak rakam, pastikan keselamatan diri dan pesakit terjamin. Jangan sampai situasi jadi lebih berisiko,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik rakaman berkaitan kesihatan ke platform awam kerana ia melibatkan privasi dan data perubatan individu.

“Maklumat kesihatan adalah data peribadi dan boleh memberi kesan kepada kehidupan pesakit pada masa depan. Jadi perlu fikir panjang sebelum kongsikan kepada umum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa dari sudut perubatan, rakaman video ketika kecemasan tetap mempunyai nilai penting dalam membantu pasukan kesihatan membuat penilaian dan rawatan yang lebih tepat.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...