Jiwa merdeka terserlah apabila rakyat, petugas bersatu di Putrajaya – Anwar

0
97

KUALA LUMPUR – Kesanggupan rakyat berkampung sejak malam sebelumnya serta komitmen ribuan petugas menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan menjadi manifestasi semangat kebersamaan dan perpaduan yang menjadi kekuatan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat, disiplin dan kerjasama yang ditampilkan sepanjang sambutan itu mencerminkan wajah sebenar negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu serta saling melengkapi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang sanggup berada di Putrajaya sejak malam sebelumnya bagi mendapatkan tempat dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.