Diskaun tol Aidilfitri akan diumumkan kerajaan

Foto Hiasan.


KUALA LUMPUR â€“ Kerajaan akan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau memaklumkan bahawa kaedah pemotongan separuh daripada kadar tol biasa akan dilaksanakan seperti yang dilakukan semasa perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu.
\”Memang kita akan ada (potongan kadar tol) sebab kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina, takkan kita tak buat untuk Aidilfitri. Apa yang kita buat untuk Tahun Baharu Cina? 50 peratus (diskaun). Sabar sedikit sebab kita kena perhalusi,\” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kerja Raya pada Khamis.
Bagaimanapun, Alexander menjelaskan bahawa isu potongan kadar tol tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan berlangsung hampir satu jam. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri menegaskan kepentingan melaksanakan setiap projek dengan segera dan memastikan ia setara dengan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan.
\”Kami mengambil maklum apa yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saranan beliau tak lain tak bukan adalah sikap kesegeraan dan juga kos menjalankan perniagaan supaya projek-projek yang kita laksanakan ada nilai untuk wang,\” kata Alexander.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Perdana Menteri mengingatkan KKR untuk meningkatkan prestasi sebagai kementerian pelaksana bagi memastikan projek pembangunan negara berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

BACA JUGA:  PIPOC 2025 angkat Malaysia sebagai pusat inovasi global industri sawit
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...