PIPOC 2025 angkat Malaysia sebagai pusat inovasi global industri sawit

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global industri sawit apabila Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2025 dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 18 hingga 20 November depan.

Acara dwitahunan anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu dijangka menghimpunkan lebih 2,000 delegasi, termasuk pakar antarabangsa, penggiat industri, pelabur serta penyelidik untuk berkongsi pengetahuan, penemuan terbaharu dan teknologi terkini berkaitan sektor penting negara tersebut.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, PIPOC 2025 mengetengahkan tema â€œMentransformasi Hari Ini Memperkasa Masa Hadapan Melalui Inovasi” sebagai simbol komitmen industri sawit untuk kekal berdaya saing dan mampan di peringkat antarabangsa.

“PIPOC 2025 berperanan bukan sekadar wadah penyelidikan dan akademik, tetapi juga sebagai jambatan kerjasama global dalam meneroka penyelesaian inovatif demi masa depan industri sawit yang lebih lestari,” katanya dalam kenyataan.

Empat persidangan serentak bakal berlangsung iaitu Persidangan Pertanian, Bioteknologi dan Kemampanan; Pengilangan, Pemprosesan dan Penapisan Bio; Hiliran dan Penambahan Nilai; serta Ekonomi Global dan Pemasaran.

Antara tokoh yang akan tampil ialah Felo Persatuan Diraja United Kingdom, Dr. Ravigadevi Sambanthamurthi serta Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad, Tan Sri Lee Oi Hian yang bakal menyampaikan ucaptama berprestij, Kuliah Henri Fauconnier.

Selain kongres, lebih 400 pempamer dari dalam dan luar negara akan mempersembahkan inovasi produk, teknologi baharu dan penyelesaian pertanian moden dalam pameran berskala besar yang dibuka percuma kepada orang ramai.

MPOB turut menyediakan platform strategik bagi memupuk jaringan perniagaan, peluang pelaburan dan kerjasama penyelidikan selain menawarkan pelbagai pakej penajaan serta pengiklanan kepada organisasi yang ingin mengukuhkan jenama di peringkat global.

BACA JUGA:  Timor-Leste yakin sertai ASEAN Oktober ini

“PIPOC 2025 dijangka menjadi titik tolak kepada pengukuhan daya saing dan keterhubungan Malaysia dalam landskap industri sawit dunia,” jelas Ahmad Parveez.

Bersempena acara itu juga, MPOB akan menganjurkan Kejohanan Golf PIPOC 2025 serta lawatan teknikal ke ladang sawit dan pusat penyelidikan terpilih bagi memberi pengalaman menyeluruh kepada peserta.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...