Ahad, 14 Jun 2026

Mula hidup baru di Filipina, Ben Amir terbuka terima tawaran lakonan

Ben Amir menegaskan bahawa perpindahannya ke Pulau Siargao, Filipina, bukan untuk meninggalkan dunia hiburan, sebaliknya berehat seketika, mencuba perkara baharu, dan masih terbuka menerima tawaran filem di Malaysia. Foto Instagram Ben Amir.


KUALA LUMPUR – Pelakon popular Ben Amir menegaskan bahawa keputusannya untuk berpindah ke Pulau Siargao, Filipina, bukan bermakna dia meninggalkan dunia hiburan, sebaliknya hanya ingin berehat seketika dan mencuba perkara baharu.
Menurut Ben, 35, dia masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon, terutama dalam filem, dan sedia pulang ke Malaysia jika ada peluang yang sesuai.
\”Saya tidak tinggalkan dunia seni. Saya cuma mahu berehat seketika dan lakukan perkara lain. Kalau ada tawaran filem, baru saya akan balik. Saya juga mahu fokus pada filem sahaja selepas ini,\” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, Ben mengejutkan peminat apabila mengumumkan bahawa dia akan memulakan kehidupan baharu di Pulau Siargao. Keputusan itu dikongsikan menerusi sebuah video di saluran YouTube miliknya.
Dalam video tersebut, Ben mendedahkan dia bukan sahaja menetap di pulau berkenaan, tetapi juga merancang membina rumah dan memulakan perniagaan di sana.
\”Saya membuat keputusan besar untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kehidupan baru di pulau yang indah ini. Buat masa ini, saya masih menyesuaikan diri, bertemu orang baharu serta mempelajari budaya dan adat resam masyarakat di sini.

\”Saya mahu membina impian saya dari bawah. Sekarang, saya sedang bekerja untuk membina rumah, villa, perniagaan dan tidak lama lagi saya akan mengusahakan sebuah ladang kecil,\” katanya.
Keputusan Ben untuk berpindah ke Pulau Siargao mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, dengan ramai yang mendoakan kejayaannya dalam kehidupan baharu itu.
Sumber : Harian Metro
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com