Luqman Faiz keracunan makanan lepas makan tiram mentah

KUALA LUMPUR – Penyanyi Luqman Faiz mengalami keracunan makanan selepas menikmati tiram mentah ketika berbuka puasa, malam tadi.

Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz, 25, berkata, kejadian berlaku selepas dia memakan lapan tiram mentah yang dibeli di sebuah pasar raya. Akibatnya, dia mengalami cirit-birit berulang kali selain badan menjadi lemah.

\”Saya cirit-birit lebih 10 kali sampai tak lalu nak minum air kerana mulut rasa pahit, selain badan terasa macam hendak demam. Pukul 3 pagi tadi, saya gagahkan diri memandu ke hospital berdekatan kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan. Nasib baik saya mampu bertahan,\” katanya.

Menurut Luqman, tiram yang dibeli kelihatan dalam keadaan baik namun rasanya tidak segar ketika dimakan. Bagaimanapun, dia menganggap perkara itu biasa dan tetap menghabiskannya.

\”Memang saya rasa tiram itu macam ada bau sikit, tapi saya makan juga seperti biasa. Saya pula memang jenis makan apa sahaja… Kadang-kadang makanan hampir rosak pun saya fikir ia masih elok lagi,\” tambahnya.

Sementara itu, Luqman memaklumkan bahawa keadaannya semakin pulih selepas mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

\”Alhamdulillah tiada apa yang serius, insya-Allah esok saya dibenarkan keluar hospital. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan selepas ini agar kejadian serupa tidak berulang lagi,\” ujarnya.

Pada Khamis, Luqman berkongsi gambar dirinya sedang mendapatkan rawatan di hospital menerusi media sosialnya.

BACA JUGA:  Sijil halal terpampang jelas, Ernie Zakri nafi makan di premis tak halal
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...