ASNB umum dividen, ASB 2 5.5 sen dan ASM 5 sen

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM2.18 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 untuk dua dana harga tetapnya, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

ASB 2 mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM0.73 bilion, bersamaan 5.5 sen seunit, kepada 614,309 pemegang unit dengan jumlah pegangan sebanyak 14.12 bilion unit.

Sementara itu, ASM mengumumkan pengagihan sebanyak RM1.45 bilion atau lima sen seunit, yang akan memberi manfaat kepada 740,513 pemegang unit dengan pegangan 29.14 bilion unit.

Sehingga 20 Mac 2025, ASB 2 mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM0.8 bilion, manakala ASM merekodkan RM1.55 bilion.

Bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan, urus niaga ASB 2 dan ASM akan ditangguhkan sementara dari 28 hingga 31 Mac 2025. Pengagihan ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2025.

BACA JUGA:  PM Mongolia, Oyun-Erdene umum letak jawatan lepas gagal raih undi percaya
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...