Gara-gara nak duit, anak mengaku hantar ibu uzur minta sedekah di bazar Ramadan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita yang didakwa menghantar ibunya yang sudah uzur untuk meminta sedekah di bazar Ramadan mengundang rasa kecewa dan sebak dalam kalangan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial @Oppazuzurestaurant, seorang warga emas kelihatan berada di tengah panas sambil meminta sumbangan daripada pengunjung bazar di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Apabila pemilik video menghampiri, wanita yang dipercayai anak kepada warga emas itu kelihatan memapah ibunya sambil melipat kerusi yang diduduki.

Video itu turut merakam pengakuan wanita berkenaan bahawa ibunya sering melakukan aktiviti meminta sedekah sebelum ini.

Bagaimanapun, wanita yang kelihatan sihat tubuh badannya itu dilihat marah apabila ditanya lanjut mengenai situasi tersebut.

“Bukan suka-suka nak tularkan. Tapi kami anak-anak muda punya hati dan perasaan. Luluh hati kami bila nampak orang muda hantar orang tua minta sedekah di tengah panas. Dan dia mengaku dia adalah anak kepada orang tua itu.

“Bukan nak sibuk hal orang. Tapi kami tak sampai hati nak tengok orang tua dipergunakan di tempat kami mencari rezeki. Wajar ke seorang anak menghantar ibunya ke bazar Ramadan untuk meminta sedekah?” kata pemilik video itu.

Individu yang berkongsi video tersebut turut berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sekiranya wujud unsur eksploitasi atau sindiket memperdagangkan manusia.

“Kami berharap pihak berwajib yang nampak video ini akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mungkin daripada sindiket memperdagangkan manusia. Kami juga berharap penganjur Bazar Ramadan dapat memantau serta mengambil tindakan bagi menghalang sindiket ini terus berleluasa,” katanya.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap warga emas berkenaan.

BACA JUGA:  Idea kreatif agih duit raya, semua 'collect' duit dalam kotak secara 'random'

Ada yang berpendapat tindakan sedemikian, jika benar berlaku, adalah tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan nilai tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 93,500 tontonan, 2,892 tanda suka dan 549 perkongsian.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...