Malam ni pakai baju warna apa ya?

KUALA LUMPUR – Setiap tahun, pengumuman tarikh Aidilfitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bukan sahaja dinantikan kerana kepentingannya kepada umat Islam, tetapi juga kerana satu tradisi unik dalam kalangan rakyat untuk meneka warna baju Melayu yang akan digayakan oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna mengakui lebih gementar untuk mengetahui tarikh rasmi sambutan Aidilfitri berbanding meneka warna pakaian yang bakal digayakan oleh beliau.

“Tahun ini tak tertanya baju warna apa beliau pakai sebab lebih gementar nak tahu bila raya. Tolonglah hari Isnin raya,” kata seorang pengguna, Aina, dalam hantaran di media sosial.

Namun, masih ada dalam kalangan rakyat yang mengekalkan tradisi meneka warna baju Melayu Tan Sri Syed Danial.

“Aku teka esok (malam ini) warna baju Tan Sri Syed Danial adalah olive green (hijau zaitun),” kata seorang pengguna bernama Amirul.

“Saya teka Tan Sri pakai baju warna ‘viral’ rich brown,” kata Azim.

“Teruja nak tengok Tan Sri pakai baju warna apa, dah jadi tradisi keluarga kami teka warna baju. Tahun ini saya teka warna coklat,” kata Farida.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, proses melihat anak bulan adalah selaras dengan perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

Kini, seluruh umat Islam di Malaysia menantikan pengumuman rasmi malam ini, yang bukan sahaja menentukan tarikh Aidilfitri, tetapi juga warna baju Melayu yang akan menjadi tumpuan tahunan bagi sesetengah rakyat.

BACA JUGA:  PM umum cuti raya tambahan jika Aidilfitri jatuh Jumaat atau Sabtu
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...