Lelaki maut, pacuan empat roda dirempuh treler

TUARAN – Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kampung Minangkop, Tamparuli, pada Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 7.27 pagi.

\”Kemalangan membabitkan sebuah treler yang merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sehingga kenderaan itu terlanggar tiang elektrik.
\”Pasukan bomba dengan bantuan trak tunda berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,\” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat yang melibatkan seramai sembilan anggota bomba ditamatkan sekitar jam 1.20 tengah hari.

BACA JUGA:  Pengetua tadika didenda RM2,000 kerana pulas telinga murid
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...