Penoreh getah dikhuatiri lemas, operasi SAR dijalankan

RAUB – Seorang penoreh getah berusia 63 tahun dikhuatiri lemas di pusat rekreasi Jeram Besu di sini selepas dilaporkan hilang sejak pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa, Mat Salleh Junoh, disedari hilang dari rumahnya di Perumahan Tat Sega oleh anak bongsunya kira-kira jam 7.20 pagi, selepas mendapati bapanya tiada di rumah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati warga emas itu berkemungkinan menaiki kenderaan Toyota Avanza miliknya yang juga didapati tiada di rumah ketika kejadian.

\”Pengadu memberitahu ayahnya keluar tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan usaha mencarinya di sekitar pusat rekreasi berkenaan tidak membuahkan hasil.
\”Susulan itu, laporan polis dibuat sekitar jam 11 malam pada Rabu,\” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Shahril berkata, hasil keterangan saksi mendapati Mat Salleh dilihat sedang menjala ikan di kawasan pusat rekreasi tersebut sebelum kehilangannya disedari.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada Khamis melibatkan dua pegawai dan 49 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk kampung.

\”Setakat jam 3 petang ini, usaha pencarian yang meliputi kawasan susur sungai sejauh 3.5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat masih belum menemui sebarang petunjuk,\” katanya.

Operasi SAR diteruskan bagi mengesan mangsa dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BACA JUGA:  Diganggu lelaki berbaju kuning, wanita terkejut dirakam secara rahsia
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...