Kelantan negeri kedua selamat di seluruh Malaysia

KOTA BHARU – Kelantan kini berada di kedudukan kedua negeri paling selamat di Malaysia selepas Sabah, berdasarkan nisbah jenayah indeks kepada populasi penduduk, demikian menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, walaupun negeri itu sering dikaitkan dengan isu sosial seperti penyalahgunaan dadah, namun gambaran keselamatan perlu dibuat berdasarkan data rasmi dan bukannya berdasarkan persepsi semata-mata.

“Banyak persepsi negatif dilemparkan terhadap negeri ini tetapi berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia, Kelantan ialah negeri kedua paling selamat selepas Sabah dengan nisbah 96 jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya semasa menjawab soalan tambahan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim pada Selasa.

Menurutnya, angka itu membuktikan bahawa keselamatan di Kelantan berada dalam keadaan baik dan tidak wajar dinilai hanya melalui segelintir kes yang berlaku.

Tambah beliau, sebagai negeri sempadan, Kelantan sememangnya berdepan cabaran besar seperti penyeludupan dadah dan jenayah rentas sempadan, namun tanggungjawab menangani perkara itu tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan negeri.

“Masalah sosial bukan hanya berlaku di Kelantan, malah seluruh negara dan dunia juga berdepan isu sama.
Kita perlu bersikap adil dalam menilai keadaan, bukan terus menghukum,” jelas beliau.

Mohamed Fadzli turut menekankan bahawa pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam banyak membantu membentuk sahsiah masyarakat yang lebih baik serta menjadi benteng kepada keruntuhan moral.

Beliau berkata pencapaian positif dalam kajian Indeks Sosial Takwa juga membuktikan kekuatan nilai-nilai murni yang diamalkan rakyat negeri itu.

“Kita bukan hanya nilai dari sudut masjid, tetapi juga pendidikan, kebudayaan, cara hidup dan keseluruhan masyarakat.
\”Kita akui ada kelemahan, tetapi usaha untuk memperbaiki sentiasa berjalan,” katanya.

BACA JUGA:  Pensyarah dituduh melakukan seks guna objek dan cabul pelajar
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...