Jaclyn Victor kembali bergelar isteri, kahwin dengan pensyarah dalam majlis tertutup

KUALA LUMPUR – Selepas enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor kini sah bergelar isteri kepada seorang pensyarah, Calvin T. Samuel dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung petang tadi.

Berita gembira itu mula tersebar selepas dikongsikan oleh rakan artis, Shila Amzah menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya.

“Akhirnya! Saya tumpang gembira buat Jaclyn,” tulis Shila ringkas namun penuh makna.

Jaclyn, 48, memilih untuk meraikan hari bahagianya dalam suasana intim dan sederhana, hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat di sebuah dewan eksklusif sekitar ibu kota.

Majlis penuh meriah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal tanah air antaranya Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Noryn Aziz, Marsha Milan, Siti Nordiana, dan Ning Baizura.

Turut kelihatan ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, Salamiah Hassan serta duo pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Majlis juga diserikan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi hebat, Dina Nadzir dan Liza Hanim.

Perkongsian bahagia Jaclyn mendapat reaksi positif daripada para peminat dan pengikut di media sosial yang rata-rata terkejut namun turut mendoakan kebahagiaan penyanyi itu.

“Wow, macam tu je dia kahwin, tiada angin tiada ribut, akhirnya Jac jumpa juga kebahagiaan. Tahniah!” tulis seorang netizen.

“Jaclyn Victor memang gemilang, tahu-tahu dah kahwin lagi. Doa kami sentiasa bersama dia,” kata seorang lagi peminat setia.

Untuk rekod, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014, namun perkahwinan itu berakhir selepas lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu, juara pertama Malaysian Idol itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.

BACA JUGA:  PRK DUN Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini​

Tahniah buat Jaclyn Victor dan suami, semoga perkahwinan ini kekal bahagia dan diberkati selamanya.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...