Tragedi UPSI: YPM sumbang RM1,000 kepada mangsa

GERIK – Yayasan Pendidikan MARA (YPM) meluluskan sumbangan segera sebanyak RM1,000 secara tunai kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam tragedi kemalangan di Jalan Raya Timur Barat, awal pagi tadi.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bantuan itu diberikan terutama kepada ibu bapa yang terpaksa datang dari jauh untuk menemui anak mereka yang cedera.

“Lawatan ini dibuat atas arahan Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menzahirkan simpati kepada mangsa dan keluarga.

“Kebanyakan mangsa yang saya temui berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, termasuk anak-anak yatim,” katanya kepada media semasa menziarahi lima mangsa yang dirawat di Hospital Gerik, hari ini.

Asyraf turut menyerahkan sumbangan kepada keluarga dua pelajar yang maut dalam nahas tersebut, selain menyatakan keprihatinan terhadap kesukaran yang dihadapi sesetengah pelajar untuk menyambung pengajian akibat faktor kewangan.

Beliau turut berkongsi pertemuan menyentuh hati dengan seorang pelajar, Norain Najwa, yang menitiskan air mata sambil meluahkan tentang masalah teknikal permohonan bantuan pendidikan.

“Saya telah arahkan Pengarah MARA Perak untuk bantu selesaikan segera kes seperti ini.

\”Isu kewangan tidak boleh menjadi penghalang untuk seseorang pelajar melanjutkan pelajaran,” tegasnya.

Menurutnya, setakat ini tiada pelajar tajaan MARA yang disahkan secara rasmi terlibat, namun beberapa pelajar memaklumkan pernah memohon tajaan tetapi ditolak kerana masalah teknikal.

Katanya lagi, pelajar dengan kecederaan ringan dijangka dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan dan akan pulang bersama keluarga masing-masing.

Datuk Seri Ahmad Zahid turut menyampaikan salam dan ucapan takziah kepada semua mangsa serta keluarga terlibat dalam tragedi yang disifatkan sebagai amat menyayat hati itu.

BACA JUGA:  Budak enam tahun cedera parah digigit anjing liar
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...