Tragedi UPSI: Konvoi barangan peribadi 15 pelajar terkorban selamat tiba di Jerteh

JERTEH – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Hadhari di sini apabila konvoi membawa barangan peribadi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Tasik Banding, Gerik tiba pada pagi ini.

Konvoi berkenaan melibatkan 11 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPSI yang diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Dr. Mohd. Azlan Nafiah, tiba tepat jam 10.15 pagi.

Menurut Mohd. Azlan, ruang legar masjid dijadikan pusat pengumpulan barangan peribadi semua mangsa sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.

“Barangan yang dibawa termasuk pakaian, dokumen, barangan peribadi dan motosikal milik beberapa mangsa iaitu Fakrul Arif Rosdi; Muhammad Mustaqim Rosde; Ainul Qistina Mat Ali dan Mohd. Aqil Taqiuddin Mohd. Sufian,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak UPSI bersedia menghantar terus barangan ke rumah waris sekiranya keluarga menghadapi kesukaran untuk mengambilnya sendiri.

“Inilah tanggungjawab sosial kami sebagai warga UPSI untuk meringankan beban keluarga pelajar yang kami kasihi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tragedi yang menggemparkan negara itu menyaksikan 15 pelajar UPSI terkorban manakala 27 lagi cedera apabila bas yang membawa mereka pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan di Tasik Banding, Gerik pada Isnin lalu.

BACA JUGA:  AS kenakan tarif 19 peratus, Malaysia diiktiraf rakan dagang strategik
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...