Masalah ‘Nose Landing Gear’, pesawat TUDM terpaksa mendarat cemas

KUCHING – Masalah teknikal pada ‘nose landing gear’ atau gear pendaratan hadapan dikenal pasti sebagai punca insiden melibatkan pesawat CN235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, insiden tersebut berlaku pada jam 11.15 pagi ketika pesawat dari No. 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching sedang melakukan pendaratan selepas menyempurnakan misi penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu.

“Pesawat mengalami masalah pada nose landing gear semasa mendarat di LTAK. Namun, semua anak kapal dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas kenyataan itu.

TUDM turut mengesahkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan memastikan langkah pembetulan serta keselamatan dapat diambil dengan kadar segera.

Insiden ini turut mendapat perhatian di media sosial selepas gambar dan video pesawat terbabit tular sejak pagi tadi. Bagaimanapun, tindakan pantas dan profesional kru pesawat berjaya mengelakkan sebarang kemalangan jiwa.

BACA JUGA:  Jepun larang penumpang guna 'power bank' dalam pesawat mulai April
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...