Penerbangan Batik Air ke Dubai patah balik akibat konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR – Penerbangan Batik Air OD713 dari Kuala Lumpur ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi susulan konflik yang sedang memuncak di Asia Barat.

Menurut kenyataan Batik Air, langkah itu diambil selepas ruang udara di Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditutup buat sementara waktu akibat ketegangan geopolitik yang berlaku.

“Langkah berjaga-jaga ini adalah selaras dengan nasihat keselamatan penerbangan antarabangsa serta sekatan laluan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal menjadi keutamaan utama Batik Air,” jelas kenyataan itu.

Semua penumpang yang terjejas telah diberikan bantuan sewajarnya sejurus tiba di KLIA, termasuk penginapan hotel, makanan dan pengangkutan darat. Mereka juga diberi pilihan untuk membatalkan tempahan dengan bayaran balik penuh atau menempah semula penerbangan yang tersedia.

Pihak syarikat memaklumkan bahawa ruang udara Qatar dan UAE kini telah dibuka semula untuk operasi komersial, dan perkhidmatan penerbangan ke Dubai akan disambung semula pada hari Rabu.

“Batik Air terus memantau perkembangan semasa secara teliti dan bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengawal selia antarabangsa serta penyedia perkhidmatan navigasi udara serantau,” tambah kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai perjalanan akan datang dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi Batik Air atau menghubungi khidmat pelanggan bagi sebarang bantuan lanjut.

BACA JUGA:  Serpihan peluru berpandu jatuh di kawasan pelancongan Dubai, rakyat Malaysia kongsi detik cemas
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...